the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Urus semula tender tebatan banjir, bolehkan k’jaan laksana projek lain guna dana sama

SHAH ALAM: Kejayaan Kerajaan Perpaduan menguruskan semula projek tebatan banjir yang sebelum ini diperuntukkan sejumlah RM15 bilion, membolehkan beberapa lagi projek serupa dilaksanakan dengan menggunakan dana yang sama.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mengikut jumlah projek terdahulu, dengan saiz dana sama ia hanya mampu melaksanakan sebanyak lapan atau sembilan projek tebatan banjir sahaja.

“Saya bukan nak hasad (dengki) nak korek, nak hentam orang, saya nak selamatkan dana supaya boleh dipulangkan balik kepada rakyat, itu kerja saya (sebagai perdana menteri). Lihat (projek) tebatan banjir sebagai contoh, saya sebut di Parlimen peruntukan itu RM15 bilion dan kalau ikut projek dahulu ia setakat lapan, sembilan projek.

“Bila kita buat semula secara tender terpilih dan buat kerja dengan lebih teratur, dia boleh tambah dua, tiga projek lagi. Dari satu projek tebatan banjir di Johor, saya tambah jadi dua dari dana yang sama tetapi diurus dengan cekap dan telus, tiada rompakan berlaku,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Khas PKR 2023 di sini hari ini.

Kongres yang berlangsung di Stadium Malawati dan bertemakan “Malaysia MADANI, Pelaksanaan Sebuah Idealisme” itu, turut dihadiri Timbalan Presiden Rafizi Ramli, Setiausaha Agung Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, Presiden Kehormat Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan 41 wakil pejabat kedutaan asing.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan akan terus membela nasib rakyat, selain tidak akan membenarkan ‘tauke’ dan syarikat kaya dari lari membayar cukai kepada negara.

Terdahulu, Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilihat sebak sebaik kongres ditayangkan petikan filem ‘Anwar Ibrahim : Untold Story’, sebelum beliau menyampaikan ucapan dasar.

Filem yang dijangka akan ditayangkan di pawagam pada Mei, mengisahkan jatuh bangun perjalanan politik Anwar sejak 1991 sehinggalah terbentuknya gerakan Reformasi, selepas beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Recognition by Anwar enhances fairer revenue return claims for Penang

Chief Minister Chow Kon Yeow said the Prime Minister's recognition confirmed that Penang plays a very important role as one of the main drivers of the country's economic growth and a net contributor to the federal revenue as a whole.

Samsung brings back solve for tomorrow 2026 to spark youth-led innovation and drive social...

Samsung Solve for Tomorrow 2026, the highly-anticipated youth innovation competition, is back for its 10th edition in Singapore! As the world looks to navigate the uncertainties ahead, Solve for Tomorrow provides a platform for young changemakers to be equipped with the knowledge and skills to shape a better tomorrow for all.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings