the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Van perantara percuma sempena sidang Parlimen dari 24 Jun-18 Julai

KUALA LUMPUR: Bersempena pembukaan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat, Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) akan mengoperasikan perkhidmatan van perantara (T851) percuma antara KL Sentral dan Parlimen bermula 24 Jun hingga 18 Julai.

Rapid Bus dalam kenyataan memaklumkan perkhidmatan T851 itu adalah perkhidmatan alternatif demi kemudahan dan kelancaran perjalanan bagi mereka yang mempunyai urusan di bangunan Parlimen, selain mengelakkan kesesakan ruang meletak kereta di pekarangan Parlimen.

“Perkhidmatan ini juga memberi peluang kepada pengguna untuk merancang masa perjalanan mereka.

“Rapid Bus menjemput semua pihak yang mempunyai urusan di bangunan Parlimen untuk memanfaatkan perkhidmatan van percuma ini,” menurut kenyataan itu.

Perkhidmatan van percuma ini akan beroperasi dari Isnin hingga Jumaat bermula 7 pagi hingga 8 malam dengan kekerapan setiap 30 minit pada waktu puncak (7 pagi hingga 11 pagi/4 petang hingga 8 malam) dan setiap 60 minit di luar waktu puncak mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Menurut Rapid Bus van perantara itu akan mengambil penumpang di Balai Pelepasan ERL KL Sentral dan dari Taman Botani Perdana (berhampiran tempat letak kereta bertingkat) untuk ke bangunan Parlimen, meliputi laluan sepanjang lima kilometer dan mengambil masa 15 minit.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings