• 2025-06-30 10:33 AM

SHAH ALAM: Seorang wanita berusia 54 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan kes penderaan dan pengabaian terhadap anak angkatnya di Taman Bendahara, Kuala Selangor.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Azaharudin Tajudin berkata laporan diterima sebelum tangkapan dilakukan pada 8.15 malam Sabtu.

“Mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Tanjong Karang manakala permohonan reman terhadap suspek telah dibenarkan selama enam hari bermula hari ini sehingga Rabu ini (4 Julai) bagi membantu siasatan,“ katanya dalam kenyataan semalam.

Polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes untuk menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-3289 1222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Kanak-Kanak 2001. Beberapa video yang tular di media sosial sebelum ini menunjukkan kecederaan pada tangan dan kepala mangsa.