the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wanita Thailand didakwa edar 1.7kg kanabis di Padang Besar

KANGAR: Seorang wanita warga Thailand didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 1,735 gram.

Kittiya Chaiyaphuek yang berusia 27 tahun mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Thai di hadapan Majistret Nurshida Abdul Rahim.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan di Unit Khas Pemeriksaan Penumpang Kompleks ICQS Padang Besar pada 6.15 petang 8 Oktober lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kesalahan ini boleh dihukum dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang 12 kali jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 9 Januari 2026 sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perlis Nurul Idayu Ismail.

Tertuduh tidak diwakili oleh mana-mana peguam dalam prosiding mahkamah tersebut. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings