the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, October 12, 2026
27.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Warga emas hilang lebih seminggu ditemukan reput dalam semak

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

MIRI: Seorang lelaki warga emas yang keluar meninggalkan rumahnya lebih seminggu lepas ditemukan meninggal dunia dalam keadaan reput di kawasan Sebubok, Batu Niah malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan mayat Chong Nyuk Fan, 77, ditemukan berhampiran lokasi kenderaan pacuan empat roda milik mangsa ditinggalkan.

Kenyataan itu memaklumkan PGO menerima laporan mengenai kehilangan mangsa pada 9.18 malam.

Pihak bomba bersama polis kemudiannya menuju ke lokasi kejadian dan tiba pada 9.44 malam.

Operasi pencarian dijalankan di dalam radius 50 meter dari tempat kenderaan mangsa dijumpai dan dalam tempoh 20 minit, mangsa telah ditemukan di kawasan rumput tinggi di bahu jalan dalam keadaan reput.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh keluarganya semalam, Chong keluar dari rumah di kawasan Senadin pada 14 September lepas dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda itu tanpa memaklumkannya kepada mereka.

Semakan pada Sistem Penentu Kedudukan Global mendapati kenderaan tersebut telah dipandu dari Miri ke Belaga pada 14 September sebelum menuju ke simpang Batu Niah pada 17 September yang merupakan lokasi terakhir dikesan.

Kenderaan itu kemudiannya ditemukan di tepi jalan namun mangsa tiada di dalamnya.

Usaha keluarga mangsa mencari warga emas berkenaan di kawasan itu juga gagal sebelum laporan polis dibuat untuk mendapatkan bantuan bagi mengesan keberadaan Chong. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Two cable theft suspects arrested after high-speed chase

Two men were arrested following a police pursuit from Bukit Antarabangsa to Setiawangsa, where officers discovered sharp weapons, cable-theft tools and drugs in their vehicle.

World Health Summit 2026: Berlin Becomes Global Meeting Point for the Future of Health

BERLIN, GERMANY – Newsaktuell – 11 October 2026 – The World Health Summit (WHS) 2026, the leading platform for global health, brings together more than 4,000 participants from 130 countries in Berlin and tens of thousands more online from October 11 to 13.

MCMC has added more than 1,000 Wi-Fi access points at UMS – Teo

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has added around 1,010 Wi-Fi access points at Universiti Malaysia Sabah to expand campus internet coverage, says Teo Nie Ching.

Most Viewed

spot_img