the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Zambry ke Turkiye, Arab Saudi, perkukuh kerjasama dalam sektor pendidikan tinggi

PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memulakan lawatan kerja rasmi ke Istanbul, Turkiye dan Riyadh, Arab Saudi bermula pada hari ini hingga 14 April, bagi memperkukuh jaringan strategik dan kerjasama dua hala dalam sektor pendidikan tinggi.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan memaklumkan lawatan kerja itu juga sebagai usaha strategik untuk meletakkan pendidikan tinggi Malaysia di pentas global selain memperkukuh potensi negara sebagai pemain utama sektor ini.

Menurut KPT, Zambry akan memulakan lawatan kerjanya ke Turkiye dengan menghadiri dan menyampaikan ucaptama bertemakan Advancing Collaboration in a Changing Higher Education Landscape pada Sidang Kemuncak Pendidikan Tinggi Eurasia ke-10 (EURIE) 2025.

“Ia merupakan persidangan dan pameran pendidikan tinggi antarabangsa tahunan yang menghubungkan sektor pendidikan tinggi dari rantau Eurasia dengan rantau lain di dunia,” menurut kenyataan itu.

KPT memaklumkan Zambry akan turut mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Majlis Pendidikan Tinggi (YÖK) Prof Dr Erol Özvar dan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia–Turkiye bagi merangka peluang kerjasama institusi pengajian tinggi.

“Ia bakal menyaksikan pertukaran dokumen rasmi antara kedua-dua Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia–Turkiye. Menteri turut dijadualkan merasmikan Turkish–Malaysian Inter–University Forum bagi memperkukuh kolaborasi penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembangunan bakat,” menurut kenyataan itu.

Sepanjang di Istanbul, Zambry turut mengadakan lawatan ke Program Luar Pesisir Universiti Sains Malaysia (USM) dan ke Istanbul Technical University (ITU) selain dijadualkan menyantuni para pelajar dan alumni Malaysia di Istanbul bagi bertukar pandangan berhubung hala tuju pendidikan tinggi Malaysia.

Bagi lawatan kerja ke Riyadh, KPT memaklumkan Zambry telah dijemput oleh Kerajaan Arab Saudi untuk menghadiri Persidangan Human Capability Initiative (HCI) 2025. Beliau akan turut menyertai sesi meja bulat menteri-menteri dan perbincangan panel yang turut dihadiri Menteri Pendidikan Tinggi dari 16 negara lain.

HCI dijangka membincangkan literasi kecerdasan buatan (AI), pembangunan kemahiran sejajar pasaran buruh, serta pembelajaran sepanjang hayat.

“Menteri akan mengakhiri lawatan kerja ke Arab Saudi dengan mengadakan kunjungan hormat terhadap rakan sejawatnya, iaitu Menteri Pendidikan Arab Saudi Yousef Al-Benyan.

“Semasa pertemuan itu, kedua-dua pemimpin akan membincangkan usaha-usaha untuk memantapkan kerjasama dalam ekosistem pendidikan tinggi antara Malaysia dengan Arab Saudi,” menurut kenyataan itu.

KPT menjelaskan lawatan kerja itu dijangka memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi serantau dan antarabangsa selain membina kerjasama global dalam memperkasakan sistem pendidikan yang responsif terhadap perubahan landskap global.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings