the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Zii Jia bakal terima bayaran ‘hak imej’ untuk Piala Thomas

KUALA LUMPUR: Penyertaan pemain perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas negara memerlukan kos kerana Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu melakukan bayaran ‘hak imej’ kepada pemain tersebut.

Team LZJ, dalam satu kenyataan hari ini, mengesahkan perkara itu dengan menyatakan hak imej adalah aspek penting bagi seorang atlet profesional.

“Kami menghargai kepentingan hak imej untuk kehidupan seorang atlet profesional yang bebas daripada naungan persatuan. Kami sangat gembira kerana BAM menyedari perkara ini dan menyokong kewujudan atlet profesional.

“Adalah harapan kami agar kita semua dapat melihat ini sebagai penambahbaikan sukan ini bukan sahaja untuk kita tetapi untuk atlet profesional mewakili negara pada masa hadapan,” menurut pasukan itu.

Team LZJ juga memaklumkan hasrat pemain ranking ke-11 dunia itu untuk menyarung jersi negara pada kempen Piala Thomas di Chengdu, China dari 28 April hingga 5 Mei ini tidak pernah dipertikaikan.

Berdasarkan laporan media sebelum ini, Pengarah Pentadbiran BAM, Michelle Chai berkata pengumuman skuad Piala Thomas terpaksa mengambil sedikit masa berikutan perbincangan dengan pihak Zii Jia mengenai ‘pampasan’ untuk mewakili skuad negara.

Zii Jia, yang meninggalkan BAM pada Januari 2022, adalah pemain yang ditaja oleh Victor iaitu pesaing kepada Yonex yang menjadi salah satu penaja utama kepada BAM.

BAM hari ini mengumumkan skuad Piala Thomas, selain Zii Jia, turut tersenarai pemain di ranking ke-18 Ng Tze Yong, Leong Jun Hao, Cheam Jun Wei dan Justin Hoh dalam acara perseorangan lelaki.

Gandingan utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengetuai kem beregu yang turut dibarisi Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani serta Muhammad Haikal Nazri.

Malaysia, yang menjadi pasukan pilihan kelima dalam kempen Piala Thomas, diundi dalam Kumpulan D bersama-sama jaguh Eropah dan juara 2016, Denmark, Hong Kong dan Algeria.

Dalam itu, Zii Jia tersingkir di suku akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China, hari ini apabila tewas mudah 11-21, 6-21kepada juara All England, Jonatan Christie dari Indonesia.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings