the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Zii Jia tidak beraksi di Terbuka India, Masters Indonesia

KUALA LUMPUR: Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia sah tidak akan beraksi pada dua lagi kejohanan iaitu Terbuka India 2025 dan Masters Indonesia 2025.

Berdasarkan penyertaan pemain dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam laman web bwf.tournamentsoftware.com, didapati nama pemain ranking keenam dunia itu tiada dalam senarai kedua-dua kejohanan itu.

Terbuka India 2025 dijadualkan pada 14 hingga 19 Januari ini manakala Masters Indonesia pada 21 hingga 26 Januari.

Sebelum ini Zii Jia turut menarik diri pada Terbuka Malaysia 2025 yang bermula hari ini hingga 12 Januari di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini.

Menurut hantaran Team LZJ menerusi media sosial pada Jumaat, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan ligamen buku lali kanan yang dialaminya semasa Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, China, bulan lepas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

WTK Holdings to dispose of three Miri oil palm estates for RM221.5 million

The RM221.5 million price tag covers three transactions across the Positive Deal, Biogreen and Borneo estates, and reflects a 5.7% premium over their aggregate independent valuation. Proceeds are earmarked mainly for working capital (RM185.6m) and debt repayment (RM27.0m).

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings