the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ceroboh kediaman rasmi MB Selangor, polis sahkan tiga ditahan

SHAH ALAM: Tiga pengamal media tempatan direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berikutan insiden menceroboh masuk ke dalam kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda sehingga RM1,000 atau dengan kedua-duanya sekali.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut (berhubung kejadian itu boleh) menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mira Noraien Norashid di talian 011-11430765,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Iqbal menasihatkan orang ramai untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan, bagi mengelakkan kejadian seperti tersebut berlaku.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada 6.10 petang semalam, yang dibuat oleh seorang lelaki yang bertugas sebagai pembantu operasi di kediaman berkenaan.

“Siasatan mendapati kesemua suspek menggunakan sebuah kenderaan jenis Proton Waja untuk memasuki Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, melalui pondok pos pengawal utama tanpa mengemukakan sebarang jemputan secara rasmi daripada pihak kerajaaan negeri.

“Bertindak atas maklumat, pada 7.30 petang tangkapan ke atas kesemua suspek telah dibuat bersama rampasan sebuah kenderaan jenis Proton Waja, yang digunakan oleh mereka,” katanya.

Mohd Iqbal berkata suspek kes berkenaan merupakan tiga lelaki tempatan berumur lingkungan 31 tahun hingga 35 tahun dan bekerja sebagai pengamal media di sebuah media tempatan, serta tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Kesemua suspek memberi alasan untuk menghadiri satu mesyuarat yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, tetapi tidak mempunyai jemputan secara rasmi daripada pihak Menteri Besar Selangor,” katanya.

Terdahulu, semalam tular di media sosial video berdurasi 29 saat, memaparkan tiga individu yang dipercayai menceroboh kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Seksyen 7 di sini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Powerwell proposes 116.1m bonus warrants to reward shareholders

The power distribution equipment manufacturer is rewarding shareholders with a five-year bonus warrant exercise that could also provide the group with additional working capital upon warrant conversion, without incurring borrowing costs.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings