the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua lelaki Orang Asli ditahan miliki lebih 2,000 pil yaba, ketum

KOTA BHARU: Polis menahan dua lelaki Orang Asli dalam Operasi Tapis Bersepadu bermula 17 April hingga semalam, selepas didapati memiliki 2,600 pil yaba, selain 29 liter air ketum dan 25 kilogram daun ketum yang dianggarkan bernilai RM40,874.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun (gambar) berkata tangkapan dilakukan di sebuah pondok di kawasan kebun Lubok Kasar Sungai Long, Batu Melintang, Jeli di sini pada 10 pagi Jumaat lepas.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati dua lelaki berkenaan yang masing-masing berumur 22 dan 23 tahun itu menjalankan aktiviti terbabit bagi pasaran tempatan dan tidak menolak ia juga berkemungkinan dibekalkan kepada pekerja ladang kelapa sawit di sekitar lokasi itu.

“Kes pengedaran dadah oleh Orang Asli ini merupakan kali pertama berlaku di Kelantan dan mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Mereka direman selama tujuh hari bermula 27 April bagi siasatan lanjut termasuk menyiasat bekalan dadah itu diperoleh,“ katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Sementara itu, Muhamad Zaki berkata sebanyak 1,036 suspek telah ditahan sepanjang operasi itu membabitkan 954 kes tangkapan yang terdiri daripada 968 warga tempatan termasuk dua penjawat awam dan seorang penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam, selain 68 warga asing atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952.

Menurutnya, keseluruhan rampasan dan sitaan berjumlah kira-kira RM1.04 juta itu melibatkan pelbagai jenis dadah termasuk pil yaba, heroin, ganja, syabu, Eramin, psikotropik serta air dan daun ketum.

Selain itu, polis Kelantan menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengekang kemasukan dadah baharu jenis fentanyl ke negeri ini yang dikesan 100 kali lebih berbahaya daripada heroin.

Muhamad Zaki berkata cubaan untuk membawa masuk dadah berkenaan melalui sempadan pernah berlaku di negeri ini, namun berjaya dibendung hasil kawalan ketat yang dilakukan.

“Pada Jumaat lepas, satu rombongan perwakilan Parlimen Thailand telah datang untuk membincangkan isu kawalan keselamatan di sempadan termasuk langkah mengekang kemasukan dadah jenis fentanyl.

“Setakat ini, tiada kes membabitkan dadah itu dikesan di Kelantan, namun langkah ketat perlu segera diambil kerana kemungkinan cubaan membawa masuknya tetap ada,“ katanya dan menambah pengambilan bahan terlarang fentanyl difahamkan boleh mengubah penagih menjadi seperti zombi.

Beliau juga meminta orang ramai dan pemimpin tempatan memberi kerjasama menyalurkan maklumat berkaitan isu berkenaan kepada pihak berkuasa demi kebaikan bersama.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Accelerates Execution Across its Asian AI Infrastructure Platform

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - July 21, 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global provider of AI-driven infrastructure, security intelligence and data solutions, today announced that the completion of its two recent bond financings, raising aggregate gross proceeds of $232 million, is enabling the Company to accelerate execution across its AI infrastructure programmes in India, Indonesia and Thailand.

Atlas Critical Minerals Intersects High-Grade Graphite; All 20 Drill Holes Confirm Mineralization, with Intercepts...

Belo Horizonte, Brazil - Newsfile Corp. - July 21, 2026 - Atlas Critical Minerals Corporation (NASDAQ: ATCX) ("Atlas Critical Minerals" or the "Company"), a diversified critical minerals exploration company, today announced strong initial results from the maiden diamond drilling program at its 100%-owned Graphite Project (the "Project") in Minas Gerais, Brazil.

Junfa–New Luosiwan and SF International Form Strategic Partnership to Strengthen Yunnan’s Role as China’s...

KUNMING, CHINA - Media OutReach Newswire - 21 July 2026 - On July 20, 2026, Junfa–New Luosiwan and SF International have officially entered into a strategic partnership to jointly develop an Integrated Trade and Logistics Service Platform, marking an important step toward enhancing cross-border trade services and supporting Yunnan's development as China's gateway to South and Southeast Asia.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings