the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

DUN Terengganu lulus Belanjawan 2024

KUALA TERENGGANU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini meluluskan Belanjawan 2024 yang dibentang Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (gambar).

Dalam sesi penggulungan perbahasan Enakmen Perbekalan 2024 pada Persidangan DUN di Wisma Darul Iman di sini hari ini, Ahmad Samsuri berkata kerajaan negeri akan menjana pendapatan baharu menerusi pemerkasaan sumber sedia ada dan penerokaan sumber baharu.

Beliau berkata kerajaan negeri mempunyai Pelan Penjanaan Pendapatan Baharu Negeri Terengganu yang telah dibentangkan dalam Jawatankuasa Peningkatan Hasil dan Perbelanjaan Hemat Negeri Terengganu pada 7 Sept lepas, yang akan menjadi strategi utama untuk meningkatkan hasil kerajaan.

“Kerajaan optimis bahawa kita berupaya meningkatkan pendapatan negeri secara berfasa. Namun begitu, kita perlu realistik dalam perkara ini.

“Kesemua perancangan ini ada yang boleh dilaksanakan segera dan ada yang memerlukan masa yang lebih panjang kerana ia melibatkan banyak proses dan banyak pihak di pelbagai peringkat,” katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Samsuri berkata bagi memastikan perancangan tersebut benar-benar bermanfaat dan memberi keuntungan kepada rakyat serta negeri, pihaknya akan sentiasa berjimat cermat dan tidak tergesa-gesa dalam mengambil tindakan serta keputusan, terutama melibatkan hasil baharu.

Selain itu katanya kerajaan negeri juga akan sentiasa berusaha mendapatkan dana hasil daripada royalti petroleum bagi mengukuhkan kedudukan kewangan kerajaan negeri.

Ahmad Samsuri pada Isnin membentangkan peruntukan sejumlah RM1.860 bilion bagi Belanjawan 2024 negeri dengan anggaran defisit sebanyak RM131 juta berbanding belanjawan sebelum ini.

Bertemakan ‘Meneraju Era Baharu Terengganu’, belanjawan itu termasuk RM500 juta caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan manakala di bawah Perbelanjaan Mengurus, sebanyak RM84.77 juta diperuntukkan bagi Perbelanjaan Tanggungan dan RM1.775 bilion bagi Perbelanjaan Bekalan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Horizon Motoring named Distinguished Brand of the Year, strengthens its position in Singapore’s used...

Horizon Motoring Pte Ltd, recently recognised as the Distinguished Brand of the Year, continues to demonstrate resilience and growth in Singapore's evolving automotive landscape by staying focused on customer value, market expertise and long-term sustainability.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings