the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fadhlina, KPM mohon maaf susulan insiden larangan lagu Tamil

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (gambar) hari ini memohon maaf kepada semua komuniti India di negara ini susulan insiden larangan nyanyian lagu tradisi Bahasa Tamil sewaktu penganjuran Karnival Bahasa Tamil Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Kepala Batas, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap insiden itu, selain menyifatkan perkara berkenaan tidak sepatutnya berlaku.

Katanya, KPM juga telah mengambil tindakan tegas terhadap pegawai yang didapati cuai dalam melaksanakan perkara berkaitan sensitiviti itu, selain memberi jaminan perkara sama tidak berulang lagi.

“Oleh demikian, saya menggunakan sepenuh tanggungjawab ini (sebagai menteri) melahirkan kekesalan yang mendalam dan pihak saya (KPM), ingin memohon maaf kepada komuniti India yang tersinggung dengan keadaan dan kesilapan teknikal, komunikasi dan apa juga tujuan yang berlaku pada majlis itu.

“Kita ambil tanggungjawab penuh, jadi tidak timbul isu kita (KPM) tidak sensitif… perkara ini memang tidak disengajakan, tidak pernah berlaku sebelum ini… tiada langsung niat untuk meminggirkan mana-mana kaum,” kata beliau ketika menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) bagi kementerian itu, di Dewan Rakyat hari ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings