the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gerai jual daging segar murah jadi tumpuan

JERTIH: Sebuah gerai menjual daging di Gong Kedak dekat Kampung Seberang Jertih di sini menjadi tumpuan ramai memandangkan gerai berkenaan menjual daging segar pada harga yang rendah iaitu RM23 sekilogram.

Peniaga Muhammad Izzat Zaidi, 28, berkata beliau difahamkan harga daging segar yang dijual digerainya itu adalah yang terendah di Terengganu berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM34 sekilogram.

“Saya baru empat kali jual daging lembu segar dengan harga itu sejak bulan lepas iaitu dua kali sebulan.

“Dua ekor lembu disembelih setiap kali jualan pada harga itu diadakan. Perniagaan bermula 7 pagi dan habis dalam tempoh dua jam atau kurang daripada itu,” katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Beliau berkata pada Khamis, Jumaat dan Sabtu daging segar dijual pada harga RM28 sekilogram.

“Walaupun memperoleh untung yang kecil tetapi saya berasa puas kerana dapat membantu masyarakat,” katanya yang berniaga dengan dibantu bapanya Zaidi Ali, 63, dan seorang pekerja.

Sejak menjual daging lembu segar setahun lepas Muhammad Izzat tidak pernah menjual melebihi harga RM30 sekilogram.

Beliau berkata lembu akan disembelih di pusat penyembelihan Jabatan Pekhidmatan Veterinar (JPV) Besut di Gong Medang dekat Kampung Raja.

JPV mewajibkan lembu yang hendak disembelih dihantar ke pusat penyembelihan berkenaan bagi tujuan kawalan penyakit dan memastikan lembu dalam keadaan sihat.

Beliau berkata beliau turut mendapatkan bekalan lembu hidup dari Thailand.

“Saya import lembu dari Thailand dengan mematuhi syarat ketat yang ditetapkan agensi berkaitan bagi memastikan lembu yang dibawa masuk sihat dan tidak membawa penyakit serta turut membayar cukai,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings