the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

HPPNPP 2023 dijangka tarik 10,000 pengunjung

GEORGE TOWN: Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Pulau Pinang (HPPNPP) 2023 bakal menarik lebih 10,000 pengunjung dengan 34 gerai membabitkan agensi dan jabatan kerajaan, swasta serta Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan, Pembangunan Koperasi negeri Fahmi Zainol berkata HPPNPP yang akan berlangsung pada 8 hingga 10 Disember ini, bertujuan mengenang jasa dan usaha serta sumbangan para peladang, petani, penternak dan nelayan dalam menjana keperluan makanan negara khususnya dan kepada pembangunan ekonomi negara amnya.

Beliau berkata buat julung kali juga sambutan yang diadakan di UiTM Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh itu digabungkan dengan Ekspo Agrobuddies UiTM.

“Ekspo Agrobuddies ini merupakan idea UiTM dalam melestarikan bidang agro untuk masa depan melalui konsep mendekatkan murid-murid sekolah dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menerusi bengkel tanaman, pertandingan inovasi dalam pertanian serta aktiviti agrokids.

“Idea untuk menyatukan HPPNPP dan Ekspo Agrobuddies ini adalah satu keputusan yang tepat bagi merapatkan jurang antara persepsi kanak-kanak dan belia dalam aktiviti yang melibatkan agro,” katanya pada sidang media di Komtar, hari ini.

Bertemakan “Keterjaminan Makanan Untuk Masa Depan”, sambutan kali ini akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow manakala penutup oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Fahmi berkata antara tarikan acara itu termasuk ‘Lorong Nostalgia’ yang menempatkan 40 usahawan muda dengan produk kreatif kraftangan, pakaian serta makanan dan minuman selain jualan Prihatin Madani oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).

Beliau berkata Konvensyen Peladang juga akan diadakan bagi mendapatkan resolusi daripada petani berhubung keupayaan pengeluaran padi dan beras di negeri ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang Dr Saira Banu Mohamed Rejab berkata pihaknya akan mempamerkan pelbagai jenis haiwan dan reptilia termasuk membuka ‘petting zoo’ di samping demonstrasi produk usahawan berasaskan ternakan.

“Antara yang akan dipamerkan adalah lapan ekor baka lembu sado daripada baka Belgium Blue, Limousin, Charolais dan Blonde termasuk seekor (lembu) dinamakan ‘Gemok’ seberat satu tan yang telah menjuarai Perhimpunan Lembu Sado 2023,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings