Your Title

KANGAR: Kes kemalangan di Perlis mecatatkan penurunan 20 peratus dalam Op Khas Bulan Perayaan 2024 untuk tempoh 1 Feb hingga semalam berbanding tahun lepas bagi tempoh sama.

Pengarah JPJ Perlis Fatimah Mohamed Ali Piah (gambar) berkata aktiviti advokasi, intervensi dan pendidikan berkaitan keselamatan jalan raya yang dijalankan secara meluas oleh pihaknya selain penguatkuasaan di negeri itu dilihat menyumbang kepada penurunan itu.

“Kami dapati berlaku penurunan melibatkan kemalangan jalan raya semasa musim perayaan pada tahun ini berbanding tahun lepas,“ katanya kepada pemberita.

Sementara itu, dalam satu kenyataan media sempena operasi khas itu, Fatimah berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis mengeluarkan 529 notis atas pelbagai kesalahan daripada 2,871 kenderaan diperiksa dalam operasi khas perayaan di negeri itu bagi tempoh 1 Feb hingga 5 Feb lepas.

Beliau berkata notis paling banyak dikeluarkan itu melibatkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang tamat tempoh iaitu mencatatkan sebanyak 141 notis. -Bernama