the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
33.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lantikan badan kawal selia dana politik akan dibuat secara telus

KUALA LUMPUR:Lantikan jawatankuasa sebuah badan berkanun Persekutuan sebagai mekanisma pengawalseliaan dana politik akan dilaksanakan secara telus dan bersesuaian bagi memastikan pelaksanaan Rang Undang-undang berkaitan pendanaan politik berjalan lancar.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh berkata struktur lantikan badan itu juga akan mengambil kira pandangan serta cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi.

“Selaras dengan hasrat kerajaan bagi mendukung aspirasi Malaysia MADANI, inisiatif ini dapat meningkatkan keyakinan rakyat bahawa tadbir urus dalam kalangan ahli politk dan anggota pentadbiran dapat diamalkan berteraskan prinsip ketelusan, akauntabiliti dan integriti.

“Inisiatif ini juga membuktikan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam melaksanakan agenda reformasi berterusan dan memastikan integriti dan tatakelola yang baik demi kesejahteraan di Malaysia,” katanya pada sesi kamar khas di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada ucapan Young Syefura Othman (PH-Bentong) di kamar khas itu yang membangkitkan isu sama ada kerajaan akan menimbangkan Rang Undang-undang Pendanaan Politik.

Ramkarpal berkata kerajaan berharap apabila rang undang-undang itu dilaksanakan, sumbangan politik dalam apa jua bentuk tidak dijadikan medium penyalahgunaan kuasa dalam kalangan ahli parti politik yang boleh menjejaskan imej negara dan usaha Kerajaan Perpaduan untuk intervensi penyuburan aspek insan dalam masyarakat MADANI.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kerajaan merujuk cadangan Rang Undang-undang Pendanaan Politik kepada JKPK Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi.

Azalina berkata langkah itu membolehkan parti politik dan pihak berkepentingan memberi maklum balas bagi memastikan akta yang akan digubal bersifat menyeluruh. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong hosts Lions International Convention for the third time

The Hong Kong Tourism Board is proud to support the 108th Lions International Convention 2026 in Hong Kong. Having previously hosted the convention in 1992 and 2005, Hong Kong has once again been chosen by Lions Clubs International as the venue for its flagship event, attracting around 17,000 delegates from across the globe.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings