the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lukanisman: Kelewatan bina klinik di Sarawak akibat kekurangan bahan binaan

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

KUALA LUMPUR: Kelewatan pembinaan beberapa klinik kesihatan di Sarawak disebabkan oleh kekurangan bahan binaan terutamanya simen, kata Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni (gambar).

Beliau berkata pihaknya mendapati beberapa projek yang sangat terkesan akibat kekurangan bekalan bahan itu adalah di klinik kesihatan jenis tiga dan hospital di Lawas serta beberapa klinik kesihatan di Serian, Tabuan dan Semop.

“Sebahagian daripada bahan-bahan binaan tersebut adalah bahan ‘industrial building system’ di mana bekalan tersebut mengalami kelewatan untuk sampai ke Sarawak memandangkan bahan-bahan tersebut diimport melalui pelabuhan di Semenanjung dahulu,“ katanya pada sesi kamar khas di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen (PH-Bandar Kuching) Dr Kelvin Yii Lee Wuen yang ingin tahu mengenai data dan punca kelewatan pembinaan beberapa klinik kesihatan di Sarawak.

Dalam masa sama, Lukanisman berkata antara punca yang turut menyumbang kepada kelewatan pembinaan beberapa klinik kesihatan di Sarawak ialah permintaan bahan mentah yang tinggi selepas pandemik COVID-19.

“Selepas pandemik (COVID-19) kita (Kementerian Kesihatan) giat mengejar jadual untuk menyiapkan klinik-klinik kesihatan dan ini menyebabkan permintaan bahan mentah meningkat,“ katanya.

Sementara itu, menjawab soalan asal oleh Yii mengenai status projek pembangunan Klinik Kesihatan Tabuan Jaya di Kuching, beliau berkata status kemajuan pembangunan klinik berkenaan telah mencapai 54.96 peratus setakat 31 Okt lepas. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img