the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia kekal pendirian berhubung pelaksanaan tindakan mitigasi, adaptasi perubahan iklim

KUALA LUMPUR: Malaysia kekal teguh dengan pendirian bahawa negara maju perlu segera memenuhi komitmen bagi menggerakkan usaha negara-negara membangun dalam melaksanakan tindakan mitigasi dan adaptasi perubahan iklim.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata selaras dengan dasar kemampanan di bawah Malaysia MADANI, Kerajaan Persekutuan bersama-sama kerajaan negeri dan pihak berkepentingan lain akan terus bekerjasama bagi menangani isu perubahan iklim secara holistik dan bersepadu.

“Ini merupakan antara inisiatif kerajaan bagi memastikan kelestarian alam sekitar demi kesejahteraan generasi mendatang,” kata Perdana Menteri menerusi catatan di Facebook hari ini.

Menurut Anwar, beliau hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara (MTPIN) Bil. 1 Tahun 2023 sebagai platform perbincangan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi menetapkan dasar, hala tuju dan perkara terkait perubahan iklim.

Beliau berkata mesyuarat memfokuskan mengenai beberapa perkara antaranya cadangan pengukuhan MTPIN sebagai platform tertinggi negara dalam menyelaras isu perubahan iklim.

“Mesyuarat juga telah bersetuju dengan cadangan penetapan dasar berkaitan pelaksanaan mekanisme pasaran karbon negara,” kata Anwar.

Menurut Perdana Menteri, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan memastikan mekanisme pasaran karbon negara adalah memenuhi prinsip-prinsip di bawah Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) dan mengambil kira kepentingan kerajaan negeri.

Anwar berkata beliau akan mengetuai delegasi negara ke World Climate Action Summit pada 1 hingga 2 Dis depan yang akan diadakan bersekali dengan Persidangan Negara Ahli ke-28 UNFCCC (COP28) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Katanya mesyuarat hari ini juga turut membincangkan cadangan pendirian negara bagi isu-isu utama yang akan dirundingkan oleh delegasi negara di persidangan tersebut. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings