the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mayat lelaki warga emas ditemukan terdampar di Sungai Kedah

ALOR SETAR: Mayat seorang lelaki warga emas ditemukan terdampar di tebing pasir Sungai Kedah berhampiran kawasan Ampang Jajar, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata polis sebelum itu telah menerima laporan berhubung kehilangan mangsa yang berusia 62 tahun itu, semalam.

“Pada pukul 9 pagi tadi, pihak polis Kota Setar yang membuat pemantauan di sekitar Sungai Kedah di kawasan Ampang Jajar telah menemukan satu mayat yang terdampar di tebing pasir sungai berkenaan berdekatan Restoran Ampang Bay.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah membantu membawa naik mayat mangsa dari tebing pasir sungai ke kawasan daratan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa yang lengkap berpakaian tanpa identiti pengenalan diri itu dipercayai bersangkut dengan laporan orang hilang yang diterima polis, semalam.

“Ini berdasarkan pengecaman oleh waris mangsa yang turut berada di lokasi penemuan mayat. Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, di sini untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings