the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Muzium Padi jadi tumpuan pengunjung pada cuti sekolah

ALOR SETAR: Muzium Padi di Jalan Gunung Keriang dekat sini, menjadi antara lokasi tumpuan pengunjung di Kedah bersempena dengan cuti penggal persekolahan kali ini, sesuai dengan gelaran negeri itu sebagai Jelapang Padi negara.

Muzium yang terletak di kawasan gunung dikelilingi sawah padi itu bukan sahaja mempunyai pemandangan yang sangat menarik, malah turut menjadi lokasi terbaik untuk orang ramai mendapatkan penerangan tentang kegiatan penanaman dan penuaian padi.

Seorang pengunjung, Rahmat Rawi, 44, dari Seremban, Negeri Sembilan berkata ini merupakan kali pertama dia, isteri serta empat anaknya melawat Muzium Padi walaupun telah beberapa kali bercuti di Kedah.

“Saya memang telah lama bercadang untuk bawa anak-anak ke sini kerana mereka tidak tahu macam mana padi ditanam walaupun setiap hari makan nasi. Jadi, ini sekali gus dapat memberi pendedahan baharu kepada anak-anak yang selama ini membesar di kawasan bandar.

“Saya sendiri teruja kerana tidak sangka banyak yang boleh dilihat dan dipelajari di Muzium Padi ini dan bagi saya semuanya menarik, jadi anak-anak tidak mudah bosan,“ katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, Mohamad Hidzir Omar, 43, dari Tokai, Pendang berkata dia memilih membawa empat anaknya yang berusia antara empat hingga 14 tahun kerana ingin memberi pendedahan mengenai padi yang merupakan ikon negeri ini.

“Muzium ini landskapnya sangat menarik, tempat sejarah untuk mengenal asal usul padi. Generasi sekarang kurang pendedahan berkaitan perkara ini. Walaupun cuti sekolah, ramai orang suka bercuti di luar negeri, bagi saya tidak perlu kerana di Kedah pun banyak lagi tempat bersejarah yang boleh diterokai.

“Tambahan pula, tiket berharga RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak sangat berbaloi. Bagi yang belum pernah datang ke Muzium Padi, tidak rugi untuk datang ke sini dan mempelajari perkara-perkara baharu,“ katanya.

Sementara itu, Pengarah Lembaga Muzium Kedah Suhaidi Shukri berkata jumlah pengunjung ke Muzium Padi sepanjang cuti persekolahan ini sememangnya meningkat mendadak dan pihaknya menyediakan aktiviti tambahan untuk meraikan para pengunjung sepanjang waktu operasi muzium bermula 9 pagi hingga 5 petang.

“Kami buka gerai-gerai usahawan desa di pekarangan muzium sepanjang cuti sekolah ini, yang menjual pelbagai kuih serta makanan tradisional negeri ini dan ia secara tidak langsung meningkatkan ekonomi penduduk setempat.

“Selain itu, kami juga buat cabutan bertuah kepada pengunjung dan mereka berpeluang membawa pulang hamper yang disediakan khas oleh pihak muzium,” katanya kepada Bernama.

Suhaidi berkata selain Muzium Padi yang menjadi lokasi utama pilihan pengunjung, Muzium Negeri yang terletak di tengah bandar raya ini turut menjadi tumpuan orang ramai pada cuti sekolah ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings