the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nadma: Jumlah mangsa banjir di Johor menurun kepada 338 orang pagi ini

KUALA LUMPUR: Kedaaan banjir di Johor bertambah baik apabila jumlah mangsa terus menurun kepada 338 orang daripada 92 keluarga yang ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 6 pagi ini, berbanding 440 orang malam tadi.

Menurut laporan terkini yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), ia melibatkan tiga PPS di Kota Tinggi yang menempatkan 84 mangsa, dua PPS di Mersing (170 mangsa) dan sebuah PPS di Kluang (84 mangsa).

Di Pahang pula, sebanyak sembilan mangsa daripada dua keluarga masih berlindung di sebuah PPS di Rompin yang dibuka sejak 12 tengah malam tadi.

Sementara itu, jumlah mangsa yang ditempatkan di sebuah PPS di Kuching, Sarawak ekoran kejadian kebakaran melibatkan sembilan rumah di Kampung Bintawa Hilir, Petra Jaya, kekal 38 orang.

Berdasarkan tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran, empat sungai berada pada paras bahaya melibatkan Sungai Endau Kluang, Johor yang merekodkan bacaan 14.51 meter (m) dengan trend menurun; Sungai Kelantan di Gua Musang, Kelantan (72.61 m) dengan trend meningkat.

Sungai Arau, Perlis pula mencatatkan bacaan 24.14 m dengan trend meningkat, manakala Sungai Batang Sadong di Serian, Sarawak (9.52 m dengan trend menurun) setakat pagi ini.

NADMA turut memaklumkan beberapa kawasan di Pahang dan Johor akan mengalami cuaca buruk ekoran hujan lebat berterusan sehingga hari ini dengan di Pahang, melibatkan Pekan dan Rompin dan di Johor membabitkan daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Laporan itu juga menyatakan terdapat 20 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak atau runtuh dan akibat tanah runtuh, antaranya Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu; Jalan Pekan – Nenasi – Rompin di Pekan, Pahang; Jalan Mersing – Endau di Mersing, Johor; dan Jalan Sungai Sam ke Dabong di Jeli, Kelantan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings