the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nadma: Mangsa banjir Johor, Pahang meningkat kepada 8,462 tengah hari ini

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Johor dan Pahang mencatatkan sedikit peningkatan kepada 8,462 yang berlindung di 74 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 12 tengah hari ini berbanding 8,366 di 73 PPS pagi tadi.

Menurut laporan terkini situasi bencana dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), di Johor sebanyak 26 PPS dibuka di Kota Tinggi yang menempatkan 4,676 mangsa, diikuti 13 di Kluang (1,591), lima di Johor Bahru (847), empat di Segamat (75) serta sebuah PPS masing-masing di Kulai (86) dan Pontian (22).

Di Pahang, jumlah mangsa meningkat kepada 1,165 yang berlindung di 24 PPS di tiga daerah berbanding 1,042 berlindung di 22 PPS, pagi tadi.

Seramai 485 mangsa ditempatkan di Sembilan PPS di Maran, 447 mangsa di lapan PPS di Rompin serta 232 mangsa di tujuh PPS di Pekan.

Sebuah PPS turut dibuka di Kuching, Sarawak disebabkan bencana kebakaran yang menempatkan 38 mangsa.

Sementara itu, tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai di Johor mencatatkan paras bahaya antaranya Sungai Skudai di Johor Bahru, Sungai Johor (Johor Bahru), Sungai Johor (Kota Tinggi), Sungai Johor (Kulai) dan Sungai Endau (Kluang).

Selain itu, Sungai Perak (Hulu Perak, Perak), Sungai Arau (Arau, Perlis), Sungai Kedah, (Kota Setar, Kedah) dan sungai di Pahang iaitu Sungai Kuantan (Kuantan), Sungai Pahang (Pekan), Sungai Pahang (Jerantut), Sungai Pahang (Maran) dan Sungai Rompin (Rompin).

Laporan itu memaklumkan terdapat 60 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak atau runtuh dan tanah runtuh, antaranya Jalan Kota Tinggi-Mersing di Kota Tinggi, Johor; Jalan Sungai Sam Ke Dabong, Jeli di Kelantan; Jalan Bukit Jugra di Kuala Langat, Selangor dan Jalan Jalan Salong-Chini di Pekan, Pahang. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Powerwell proposes 116.1m bonus warrants to reward shareholders

The power distribution equipment manufacturer is rewarding shareholders with a five-year bonus warrant exercise that could also provide the group with additional working capital upon warrant conversion, without incurring borrowing costs.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings