the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pegawai Penyiasat: Najib terima US$681 juta disyaki wang rasuah untuk beli undi pada PRU13

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Abdul Razak menerima US$681 juta daripada Tanore Finance Corporation disyaki wang rasuah yang digunakan oleh bekas Perdana Menteri itu untuk membeli undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nur Aida Arifin, yang juga Pegawai Penyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), berkata wang itu diterima melalui Falcon Private Bank Singapore yang dideposit ke dalam akaun AmPrivate Banking milik Najib sekitar 2013.

Tanore Finance Corporation adalah syarikat milik Eric Tan iaitu sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low.

Nur Aida yang bertugas di Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Ibu Pejabat SPRM Putrajaya berkata aduan mengenai kemasukan wang itu diterima pada 4 Mei 2015 dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

“Isi kandungan aduan tersebut antara lain menyatakan Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB dan Menteri Kewangan telah menerima suapan melalui dana awam pelaburan 1MDB berjumlah RM3.2 bilion untuk kepentingan peribadi beliau,” kata saksi pendakwaan ke-49 itu.

Nur Aida berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksi semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi Najib.

Saksi itu berkata fokus siasatan adalah berhubung jumlah kemasukan wang yang sangat besar ke dalam dua akaun peribadi Najib di antara 2011 dan 2014.

“Ia berhubung Datuk Seri Najib yang dikatakan menggunakan kedudukan beliau bagi mendapat suapan dan sepanjang tempoh tersebut, beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.

“Saya menjalankan siasatan berdasarkan dokumen yang diperoleh daripada beberapa pihak antaranya Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Kewangan,” katanya.

Najib, 70, yang menjadi Perdana Menteri pada 3 April 2009, telah dilantik semula menyandang jawatan itu pada 6 Mei 2013 selepas Barisan Nasional memenangi 133 kerusi Parlimen pada PRU13.

Beliau berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

60,000 Accountancy and Corporate Finance Professionals to Be AI-Ready Over Three Years

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - The Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) and the Infocomm Media Development Authority (IMDA) officially launched the AI Fluency Programme, AIxAccountancy, today.

ISCA Accountants Move Beyond the Numbers to Help Singaporeans Navigate Life’s Financial Decisions

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - The Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) launched Life & Money Matters, a nationwide community initiative that aims to help Singaporeans make informed financial decisions with confidence throughout every stage of life.

2026 Hualien Summer Carnival  Taiwan’s Premier Summer Music Festival

HUALIEN, TAIWAN - Media OutReach Newswire – 3 July 2026 – Taiwan's premier summer music festival, the 2026 Hualien Summer Carnival, returns from July 1 to July 5, transforming Hualien's Dongdamen Square into a five-night celebration of music, culture and tourism.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings