the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis Kelantan terima 102 laporan berkaitan banjir

PASIR MAS: Polis Kelantan menerima sebanyak 102 laporan berkaitan kerosakan rumah dan tanaman sejak bencana banjir berlaku pada 21 Nov hingga hari ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun (gambar) berkata kebanyakan laporan adalah berkaitan kerosakan rumah seperti dinding rumah runtuh dan sebagainya.

“Laporan yang dibuat ini juga berkemungkinan sebagai persediaan sekiranya ada bantuan daripada mana-mana pihak yang ingin melihat laporan daripada pihak polis sebagai bukti kerosakan yang dialami,“ katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sri Rantau Panjang 2, di sini hari ini.

Terdahulu, Muhamad Zaki menyampaikan sumbangan Polis Kontinjen Kelantan dan Bukit Aman kepada 286 mangsa banjir di PPS itu.

Beliau berkata dalam tempoh itu juga pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan rumah dipecah masuk ketika banjir.

“Kesemua Ketua Polis Daerah juga diarahkan supaya menjalankan rondaan dari semasa ke semasa, selain menasihatkan penduduk agar tidak bermain air ketika banjir di kawasan mereka.

“Kita akan memastikan setiap rumah penduduk yang ditinggalkan akan sentiasa dipantau agar tiada pihak cuba mengambil kesempatan,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai wujudnya pihak tertentu yang dikatakan membuat pendaftaran sebagai mangsa banjir meskipun tidak menetap di PPS, Muhamad Zaki berkata sekiranya perkara itu benar berlaku dan terdapat laporan polis, pihaknya akan melakukan siasatan lanjut. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings