the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Taktik licik jadikan 'taska' stor simpanan dadah terbongkar

KUALA LUMPUR: Taktik licik satu sindiket pengedaran dadah menjadikan sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Dagang, Ampang di sini, yang diubah suai menjadi taska sebagai stor simpanan bekalan dadah terbongkar, selepas polis menahan seorang lelaki di Cheras di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid (gambar) berkata lelaki berusia 38 tahun itu dipercayai berperanan sebagai pengedar kepada pelanggan dengan upah RM20,000 berdasarkan penghantaran yang dibuat.

“Sindiket ini menjalankan kegiatan mereka dengan menjadikan premis yang diubah suai sebagai pusat penjagaan kanak-kanak atau taska dengan lukisan kartun sebagai stor simpanan bekalan dadah untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

“Siasatan awal mendapati sindiket telah menyewa premis terbabit sejak lima bulan lepas pada kadar RM3,000 sebulan,“ katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan di premis itu pada hari sama, pihaknya merampas 213 kilogram (kg) dadah jenis syabu, 90 kg pil eramin 5 dan tiga kg heroin base bernilai RM10.8 juta.

Bekalan dadah itu, katanya dipercayai diperoleh dari negara jiran untuk diedarkan bagi pasaran tempatan sekitar Lembah Klang.

“Polis kini giat mengesan ahli sindiket yang masih bebas,” katanya.

Beliau berkata lelaki itu direman hingga Selasa ini bagi siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings