KUALA LUMPUR: MQ Technology Bhd melantik Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid sebagai Naib Pengerusinya berkuat kuasa 2 Jun, 2022.

Nurulhidayah, 44, yang mempunyai Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Lincoln University College, juga anak kepada Presiden Umno dan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pada masa ini, beliau turut berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif Menara Rezeki Sdn Bhd, menurut MQ Technology dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Khamis.

Nurulhidayah juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif di Ri-Yaz Hotels & Resorts dari April 2016 hingga April 2017. -Bernama