KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.6 pada skala Richter melanda Laut Banda, Indonesia pada 10.45 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa dengan kedalaman 655 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 293km arah tenggara dari Kendari, Indonesia.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia - BERNAMA