RANAU: Seorang pemandu bas ekspress dan seorang penumpang wanita mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Ranau-Kundasang. Kejadian itu berlaku semalam dan melibatkan sebuah bas ekspress serta sebuah kereta Proton Saga.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Rantey Fred, berkata pemandu bas berusia 64 tahun itu mengalami kecederaan. Seorang penumpang wanita turut cedera dalam kejadian tersebut. Bas itu membawa 22 penumpang, termasuk seorang warga China berusia 30-an yang tidak mengalami kecederaan.
“Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 10.16 malam dan tiba di lokasi kejadian yang terletak 17 kilometer dari balai bomba,“ kata Rantey.
Mangsa yang cedera dan tidak sedarkan diri diberikan rawatan awal oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum dibawa ke Hospital Ranau menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut- BERNAMA