the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

M’sia bakal terima pelaburan berjumlah hampir RM34 bilion daripada Ajlan Bros

KUALA LUMPUR: Konglomerat Arab Saudi, Ajlan Bros Holding Group bakal melabur hampir RM34 bilion (US$7.5 billion) dalam sembilan syarikat Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata berkata pelaburan itu adalah dalam sektor semikonduktor, perdagangan sosial, pertahanan dan hiburan.

Sembilan syarikat terbabit ialah Dagang NeXchange Bhd (DNeX), Aerodyne Systems Sdn Bhd, National Aerospace & Defence Industries Sdn. Bhd (NADI), Twistcode Technologies Sdn Bhd, CyberSecurity Malaysia, Malaysia Genomics Resources Centre Bhd, Meta Universe Sdn Bhd, Light Up 7 Sdn Bhd and My Events Sdn Bhd, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ajlan Bros merupakan satu daripada konglomerat hartanah utama di Arab Saudi yang mengkhususkan dalam kediaman, perindustrian, komersial dan rumah gudang.

Ia telah membuat pelaburan yang besar di lebih dari 25 negara dan memiliki aset bernilai lebih daripada US$15 bilion serta hasil lebih US$2 billon. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings