the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fadhlina: Pelaksanaan DLP martabat bahasa Melayu, perkukuh bahasa Inggeris

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan beriltizam untuk terus berusaha memartabatkan penguasaan bahasa Melayu dan meningkatkan mutu pendidikan bahasa Inggeris.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (gambar) berkata Program Dwibahasa (DLP) yang menjadi polemik baru-baru ini merupakan sebahagian daripada Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Beliau berkata lawatan di lapangan menunjukkan terdapat murid di sekolah yang melaksanakan DLP tidak mencapai tahap penguasaan asas bahasa Melayu dan bahasa ibunda.

“Oleh itu, sekolah yang bersetuju untuk melaksanakan DLP wajib memastikan semua kriteria dipenuhi, termasuklah penguasaan bahasa Melayu. Pada masa yang sama, penguasaan bahasa ibunda perlu dipelihara sebagai teras kepada keabsahan pelaksanaan bahasa ibunda di sekolah vernakular,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Fadhlina berkata berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan DLP Kementerian Pendidikan (KPM) tahun 2021 bertarikh 26 November 2020, sekolah yang melaksanakan DLP perlu memastikan agar peluang murid yang lain untuk mengikuti mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda tidak terjejas.

Beliau berkata pengurusan pelaksanaan DLP adalah melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing dan pihak sekolah diberikan kebenaran untuk membuka lebih satu kelas DLP bagi murid tahun satu dan tingkatan satu berdasarkan kesediaan sekolah serta penilaian oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan JPN.

Fadhlina berkata kelulusan pelaksanaan DLP tertakluk kepada keputusan KPM berdasarkan kes-kes setiap sekolah dan mengambil pendekatan manusiawi iaitu murid-murid kohort sedia ada masih dibenarkan untuk meneruskan kelas DLP.

Bagaimanapun, beliau berkata sekolah perlu mematuhi garis panduan sedia ada bagi kohort baharu murid tahun satu dan tingkatan satu pada sesi 2024/2025.

Beliau berkata JPN seterusnya bertanggungjawab untuk memetakan sekolah menengah penerima bagi memastikan setiap kohort murid dapat meneruskan pembelajaran dalam kelas yang melaksanakan DLP di peringkat menengah.

KPM katanya, akan terus memantau dan memberikan penerangan mengenai pelaksanaan DLP kepada pentadbir sekolah mengikut keperluan dan terbuka kepada cadangan serta keperluan inisiatif lanjut daripada masyarakat termasuklah mengadakan sesi dialog bersama pihak berkepentingan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Powerwell proposes 116.1m bonus warrants to reward shareholders

The power distribution equipment manufacturer is rewarding shareholders with a five-year bonus warrant exercise that could also provide the group with additional working capital upon warrant conversion, without incurring borrowing costs.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings