the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Saman fitnah: Ahmad Amzad perlu fail pernyataan pembelaan 6 Feb

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Ahmad Amzad Hashim (gambar) perlu memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman fitnah difailkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, pada 6 Feb ini.

Saman itu berhubung dakwaan kenyataan berbaur fitnah bahawa Anwar berbohong menerima gaji RM1 ketika menjadi Penasihat Ekonomi Selangor.

Peguam Datuk S.N. Nair yang mewakili Anwar selaku plaintif berkata mahkamah menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Nordiana Abd Aziz semalam.

“Mahkamah menetapkan pengurusan kes seterusnya pada 6 Feb secara dalam talian di hadapan timbalan pendaftar sama untuk mengemas kini kes saman itu,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Anwar turut diwakili peguam Jaden Phoon Wai Ken dan Wong Guo Jin manakala Saiffuddin Othman mewakili Ahmad Amzad sebagai defendan.

Dalam saman itu, Anwar, 75, mendakwa pada 7 Dis lepas, defendan membuat beberapa kenyataan kepada sekumpulan pelanggan semasa menjamu selera di sebuah restoran.

Justeru, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menuntut ganti rugi am dan pampasan serta ganti rugi teruk dan teladan selain memohon perintah injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menerbitkan atau mengedarkan kenyataan fitnah serupa. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings