JIKA seseorang ingin menyatakan kebimbangan mereka tentang kereta orang lain kebiasaannya mereka akan meninggalkan nota atau memberitahu pemiliknya secara langsung.

Bagaimanapun, satu kejadian baru-baru ini menunjukkan sebaliknya, dengan rata-rata netizen juga percaya mesej itu boleh disampaikan dengan cara lain.

Sebuah video TikTok menunjukkan sebuah Honda putih dengan mesej yang diconteng di seluruh badan kereta, hanya untuk memberi amaran kepada pemilik tentang paku yang tertancap di tayar.

Video itu menunjukkan arahan yang ditulis pada Honda putih dengan anak panah yang dilukis dengan pen marker hitam di seluruh kereta.

Mesej-mesej itu, disertakan dengan anak panah panjang yang dilukis di sebelahnya, berbunyi: “ikut saya”, “jangan berhenti”, “terus tengok”, “hampir sampai”, dan “ada satu lagi perkara”, akhirnya menunjukkan di mana paku itu berada.

Walaupun rata-rata netizen berasa terhibur tetapi ada juga segelintir menegaskan bahawa individu yang menyampaikan mesej itu tidak perlu menulis di seluruh kereta.

“Niat dah baik tapi perlu ke sampai conteng satu kereta,” komen simplyto(balqis).

“Mesej nya ada paku, tapi explanation tu satu kereta jadi mangsa,” komen kamarul.

“Bagus idea ni, dia tak tau owner kereta akan datang dari arah mana. So dia tulis keliling kereta, seloroh apihpine.

Terdapat juga netizen yang memberikan contoh yang lebih mudah:

“Tayar depan belah kanan ada paku, simple” komen pieyPVC.