SEORANG netizen telah mencetuskan perdebatan hangat dalam talian setelah berkongsi pengalaman negatif bekerja dengan kumpulan pelatih “intern”, dimana sebilangan netizen rata-rata bersetuju serta ada juga pihak yang berfikir sebaliknya.
“I bukan nak jadi terpaling staff ye, tapi ya allah batch intern nowadays sangat rude and takde common sense ya.
“Datang sejam lambat hari hari, tak hormat HR, bila takde kerja tak tanya pon kat kita nak kerja ke tak, boleh duduk main ML, baca komik, skrol Wattpad,” tulisnya dalam sebuah hantaran di laman Threads.
Wanita itu juga berkongsikan perasaan geramnya apabila semua orang sibuk, namun si “intern” langsung tidak bertanya apatah lagi menawarkan bantuan.
“Paling geram bila orang duk sibuk kemas kemas sama sama boleh duduk diam langsung takde offer nak tolong langsung,” katanya.
Dia juga menyatakan bahawa sekiranya berkaitan makan percuma para pelatih tersebut begitu bersemangat.
“Bila makan free tau lak ye korang duk makan tambah 4 kali,” tambahnya.
Hantaran tersebut dengan cepat mendapat perhatian netizen, yang rata-rata mengeluarkan pendapat masing-masing dan ada juga yang berkongsi pengalaman sendiri.
“Bergantung pada personality & uni mana company ambik.
“At my company, only interns yg result gempak & active in extracurricular activities je diambil. Interview process also quite strict. Intership elaun 3k to 6k, depend on result exam & uni mana.
“We create competitive enviroment with clear definition of roles & function for them. So, our interns semua very active, participate in all programs, pandai bawa diri, present themselves well & a lot of them we absorbed as permanent staff,” ulas suryasuharman.
“Lecturer tempat saya kerja susah hati dengan seorang student dia ni patut kena buat internship tetapi tempat intern asyik complain dan suruh ambik balik sebab pantang kena tegur dia nak bertumbuk, angkat meja kerusi nak baling semua.. pening. Dah tukar 2 3 tempat tak tahu nak buat macam mana.. Sampai tak boleh kena tegur nak gaduh dengan orang,” komen azure.ray1.
Terdapat juga netizen yang berpendapat bahawa pekerja “staff” juga tidak berkelakuan baik menyebabkan pelatih juga bermasalah.
“Kadang2 staf kt company yg ada intern ni tak boleh pakai juga. Ramai staf2 ni berlagak terpaling staf kt situ, sibuk nk pandang rendah pada intern, pastu nk judge intern ni manja la, rude la, xde common sense la dll. Bajet mcm diorang perfect sgt. Bila baca post kt atas ni, uzmaa dpt menilai dia ni jenis staff nk dipandang mulia oleh intern. Kau sebagai staff kt situ, aproach la intern ni, bimbing diorang ttg dunia pekerjaan bila dh masuk dalam industri pekerjaan. Intern ni budak yg baru nk terdedah,” ulas uzmaa_wafiya.