Your Title

BARU-BARU ini negara digemparkan dengan sebuah video tular yang membabitkan tiga penyampai radio terkenal tanah air didakwa mempersendakan agama Hindu.

Video tersebut mendapat perhatian masyarakat mempersoalkan kredibiliti stesyen radio itu boleh membenarkan perkara tersebut berlaku.

Masyarakat juga terutamanya warga kaum India meluahkan rasa kecewa serta terguris terhadap tindakan penyampai radio tersebut.

Berikutan insiden tersebut, ketiga-tiga penyampai radio dilaporkan telah digantung tugas dengan tindakan undang-undang juga sedang berjalan.

Terpalit dengan isu terbabit, isteri kepada salah seorang penyampai radio tersebut iaitu Nabil Ahmad, tampil memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada suaminya.

“Ayah, jangan risau, semuanya akan baik-baik sahaja,” kata Zira Ayub di platform Instagram miliknya.

Zira juga berpesan supaya suaminya sentiasa mengingati Allah, ketika senang ataupun di waktu sukar.

“Anggaplah ini sebagai peringatan bahawa Allah mahu kita sentiasa mengingati-Nya, sama ada dalam kesenangan atau kesusahan.

Zira juga berkata bahawa dirinya dan anak-anak akan sentiasa menyokong dan menyayanginya.

“Ayah ada kami yang akan sentiasa menyokong dan menyayangi ayah.”

“Ayah merupakan seorang yang penyayang, prihatin, dan juga merupakan sosok ayah,” tulis Zira di dalam hantaran tersebut.

Dia juga berkata bahawa masyarakat mungkin berkata buruk kepada Nabil namun begitu Zira mengakuinya dirinya lebih mengenali Nabil.

“Mereka mungkin akan berkata buruk tentang awak, tetapi saya lebih mengenali awak berbanding mereka.”