the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gempa bumi Johor 4.1 skala Richter tidak jejas infrastruktur awam

JOHOR BAHRU: Semua infrastruktur awam termasuk jalan, jambatan serta empangan di Johor dilaporkan stabil dan terkawal susulan gempa bumi lemah berukuran 4.1 skala Richter yang berlaku pada pagi semalam di Segamat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata pemantauan awal telah dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di radius lima kilometer dari pusat gegaran dilaporkan.

“Pemantauan awal dilakukan di infrastruktur jalan dan jambatan manakala pemeriksaan melibatkan 47 jambatan di jalan negeri serta 14 jambatan dan 10 jejantas di jalan persekutuan.

“Tiga empangan utama turut disahkan selamat iaitu Empangan Bekok di Segamat, Empangan Sembrong di Batu Pahat dan Empangan Machap di Kluang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata JKR Johor akan meneruskan pemeriksaan dan pemantauan berterusan terhadap semua jambatan, jejantas dan jalan raya yang berada dalam kawasan.

“JPS Johor akan memastikan tahap keselamatan empangan berada pada keadaan terkawal dan stabil.

Sekiranya terdapat sebarang kesan atau kerosakan struktur, tindakan segera akan diambil oleh pihak berkuasa,” katanya.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan gempa bumi lemah berukuran 4.1 skala Richter dikesan pada 6.13 pagi di Segamat, disusuli gegaran lemah kedua berukuran 2.8 skala Richter di Yong Peng, kira-kira 28 kilometer dari Barat Laut Kluang. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Horizon Motoring named Distinguished Brand of the Year, strengthens its position in Singapore’s used...

Horizon Motoring Pte Ltd, recently recognised as the Distinguished Brand of the Year, continues to demonstrate resilience and growth in Singapore's evolving automotive landscape by staying focused on customer value, market expertise and long-term sustainability.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings