the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

300 pengunjung rebut peluang gunting rambut percuma di PMR N Sembilan

NILAI: Hampir 300 pengunjung tidak melepaskan peluang mendapatkan perkhidmatan gunting rambut percuma anjuran Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sepanjang Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Negeri Sembilan di Dataran Nilai.

Pengarah RELA Negeri Sembilan Senin Sadie berkata sebanyak 20 petugas termasuk empat tukang gunting terdiri daripada ahli RELA memulakan tugas pada 9 pagi hingga 5 petang sejak Jumaat lepas, dan akan berakhir hari ini.

“Pada hari pertama kami terima 80 orang sahaja namun pada hari kedua ia bertambah kepada 120 dan pada hari terakhir ini hampir 100 pengunjung telah berdaftar sementara menunggu giliran,“ katanya kepada Bernama.

Sementara itu, pengunjung Murniza Semail, 45, berkata dia datang ke PMR di sini untuk membawa dua anaknya mendapatkan perkhidmatan gunting rambut percuma.

Ibu kepada sembilan anak itu berkata dia dapat melakukan penjimatan hingga RM22 bagi dua orang memandangkan kos gunting rambut di luar agak mahal.

“Biasanya jika gunting di luar harga antara RM10 hingga RM11 dan jika ada program seperti ini sangat digalakkan, dapatlah membantu mengurangkan beban kami,“ katanya.

Muhammad Fatah Irsyad Mohd Salzly, 9, berkata dia teruja menggunting rambut pada hari ini sekali gus menyuntik semangat untuk ke sekolah dengan gaya rambut baharu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings