the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 10, 2026
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pempengaruh media sosial didakwa tumbuk pekerja OKU

Seorang pempengaruh media sosial mengaku tidak bersalah di mahkamah atas pertuduhan menumbuk pekerja restoran yang merupakan orang kurang upaya.

PETALING JAYA: Seorang pempengaruh media sosial mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menumbuk seorang pekerja restoran makanan segera yang merupakan orang kurang upaya.

Nalinee Kothandabani, 41, didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Rani Arumugam, 45, dengan menumbuk wanita itu di sebuah restoran di Serdang Raya, Seri Kembangan pada 4 petang, 8 Disember lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum setahun penjara atau denda.

Timbalan Pendakwa Raya Syed Ahmed Khabir Abdul Rahman menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Peguam tertuduh Dinesh Muthal memohon jaminan lebih rendah sekitar RM500 dengan alasan anak guamnya merupakan penanggung utama keluarga.

Beliau berkata anak guamnya menetap di Johor Bahru dan telah memberikan kerjasama baik kepada pihak polis.

Majistret Amira Sariaty Zainal membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 17 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Pada prosiding hari ini, peguam Lavendran Nair hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak mangsa.

Pada 18 Disember lepas, polis memanggil seorang suspek wanita yang disyaki menyerang wanita OKU itu.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Muhamad Farid Ahmad berkata mangsa mengalami lebam di pipi kiri dan bibir akibat kejadian itu.

Related

spot_img

Latest

Gorilla Technology Provides Update on $20 Million Share Repurchase Programme

London, United Kingdom - (Newsfile Corp. - January 9, 2026) - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence and IoT technology, today provided an update on its share repurchase programme.

Most Viewed

HKQAA Sustainability Forum Series • 2025: Promoting Sustainability Disclosure; Advancing Silver Economy and Green Innovation for a Sustainable Future

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 9 January 2026 - In December 2025, the Hong Kong Quality Assurance Agency (HKQAA) successfully held the Sustainability Forum Series • 2025, which featured the themes "Green and Sustainable Finance" and "Green and Livable City Innovation & Technology".
spot_img

Popular Categories