the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Aspek tatakelola, tadbir urus baik wajib diterap dalam pembangunan AI di Malaysia – PM

CYBERJAYA: Aspek tatakelola dan tadbir urus baik wajib diterapkan dalam pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi membolehkan proses transformasi digital negara dapat dilaksanakan dengan baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata teknologi dan disiplin ilmu baharu AI perlu diterokai dengan baik dan teliti bagi mengelak berlakunya sesuatu yang akan menjejaskan atau merugikan negara.

Mengambil contoh pendekatan penswastaan yang pernah dilaksanakan sebelum ini, beliau berkata penswastaan tanpa menerapkan proses ketelusan dan tatakelola yang baik akan menyebabkan Malaysia mengalami kerugian.

“ …ketika itu, ia bukan privatisation tetapi piratisation dan tidak ikut proses… akibatnya apa? banyak syarikat yang umumnya (asalnya) diberikan dengan harapan (memberi) faedah (kepada) negara dan rakyat… akhirnya terpaksa ditampung oleh kerajaan kerana kerugian besar dan menjadi beban hutang yang besar yang harus dilangsaikan oleh rakyat.

“Sebab itu, apa pun yang disebut pengkomputeran, transformasi digital, AI dan prinsip tadbir urus baik ini amat diperlukan,” katanya ketika berucap pada Program Temu Anwar@Universiti Multimedia (MMU) serta pelancaran Fakulti Kecerdasan Buatan dan Kejuruteraan MMU di sini hari ini- Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings