the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Proses penggabungan pekebun kecil getah di landasan tepat – Johari

KUALA LUMPUR: Proses penggabungan pekebun kecil getah dan penyatuan tanah getah berskala kecil berada di landasan yang tepat.

Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata kementeriannya telah berbincang dengan pekebun kecil bagi mengenal pasti kaedah pengurusan tanah getah.

Beliau menyatakan penggabungan ini dapat mengurangkan pergantungan negara terhadap import getah yang mencecah lebih 1.1 juta tan metrik.

“Penggabungan kebun-kebun kecil ini sedang dalam proses … kita ada berbincangan dengan mereka (pekebun kecil) untuk mereka serahkan senarai pekebun kecil kepada pihak Lembaga Getah Malaysia.”

“Dengan itu, kita boleh mengenal pasti cara untuk kita menguruskan dan mengaktifkan (tanah getah) bersama-sama dengan RISDA,“ jelas Johari.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 peringkat KPK.

Turut hadir Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin serta warga dan agensi di bawah kementerian.

Johari menambah kerajaan akan mempergiat usaha program penanaman semula bagi semua sektor komoditi di bawah RMK13.

“Program penanaman semula ini akan ditekankan dibawah RMK13 bagi membantu pekebun kecil serta menjadi sumber pendapatan yang berterusan kepada negara,“ katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kerajaan akan terus melonjakkan pembangunan subsektor agrikomoditi.

Sektor seperti sawit, getah dan koko merupakan penyumbang penting kepada ekonomi negara. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings