the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Petani didenda RM15,000 muat naik komen jelek isu 3R

SEPANG: Seorang petani didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah membuat dan memulakan hantaran komen jelik berkaitan isu 3R (raja, agama dan kaum) menerusi Facebook miliknya, Februari lepas.

Hakim Ahmad Fuad Othman menjatuhkan hukuman itu selepas Mohammad Faisal Mohd Yusof, 37, menukar pengakuan kepada bersalah semasa prosiding sebutan kes hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan Mohammad Faisal dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Sebelum menjatuhkan hukuman, hakim menasihati Mohammad Faisal agar lebih berhati-hati kerana kesalahan berkenaan membabitkan isu 3R (raja, agama dan kaum) yang boleh menjejaskan keharmonian negara.

“Kamu telah padam komen itu, tetapi tengok apa berlaku sekarang. Komen itu akan sentiasa ada walaupun kamu dah padam. Awak masih muda, perlu berfikir panjang,” kata Ahmad Fuad.

Terdahulu, Mohammad Faisal yang tidak diwakili peguam merayu agar dikenakan hukuman minimum dengan alasan perlu menanggung tiga anak masih bersekolah serta ibu bapa yang uzur.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Fadhli Ab Wahab memohon hukuman berbentuk pengajaran dengan mengambil kira faktor kepentingan awam.

Mengikut pertuduhan, Mohammad Faisal didakwa secara sedar telah membuat dan memulakan hantaran komen yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, menggunakan akaun Facebook ‘Mohd Faisal Yusof’.

Hantaran tersebut dilakukan pada 12.40 pagi, 9 Feb lepas dan telah dilihat oleh MCMC pada 1.40 tengah hari tarikh yang sama di MCMC Tower 1, Jalan Impact, Cyber 6, Cyberjaya.

Pertuduhan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali- BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings