the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia tegas tolak kekejaman dan penjajahan di Gaza

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan pendirian tegas Malaysia menentang sebarang bentuk penindasan serta penjajahan di Gaza dan menggesa pemimpin dunia agar mendukung nilai-nilai kemanusiaan dan menghentikan kekejaman.

Bercakap kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di sini hari ini, beliau berkata pendirian Malaysia amat jelas iaitu menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk penjajahan, penindasan, kekejaman dan genosid tanpa mengira negara yang bertanggungjawab.

“Kami merayu atas dasar perikemanusiaan. Ini adalah pendekatan yang betul dalam usaha memelihara nilai-nilai kemanusiaan… Malaysia kekal konsisten dalam meluahkan kecaman (terhadap genosid di Gaza) dan kami telah menyuarakannya secara terbuka.

“Saya telah merayu kepada semua presiden dan perdana menteri termasuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump agar menghentikan sekurang-kurangnya pembunuhan ini kerana beliau mempunyai pengaruh dan orang akan menghormati serta mengenang sumbangannya,” kata beliau.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Palestin adalah antara yang paling dahsyat kerana membabitkan pembunuhan kanak-kanak dan wanita selain kemusnahan rumah serta harta benda.

Menyifatkan perkara itu sebagai satu kegagalan manusia yang amat memalukan, Perdana Menteri berkata komuniti global kini kehilangan nilai dan sikap asas yang diperlukan untuk mendukung mempertahankan kemanusiaan.

Anwar berkata sebarang rundingan tidak boleh diadakan dengan pihak yang menceroboh sesebuah negara serta melakukan kekejaman terhadap rakyatnya dan Malaysia tetap tegas dalam memerangi Islamofobia menerusi dakwah selain mempromosi nilai-nilai Islam.

Malaysia sebelum ini telah menyatakan sokongan terhadap usaha Kumpulan The Hague mencari penyelesaian jangka panjang bagi konflik di Gaza namun mengambil pendekatan berhati-hati terhadap prasyarat dan kandungan Deklarasi New York yang kini dibahas di peringkat antarabangsa.

Terdahulu, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Malaysia menyokong penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka tanpa sebarang prasyarat sebelum matlamat itu dapat direalisasikan.

Susulan itu, beliau berkata Malaysia tidak begitu selesa dengan hasil Deklarasi New York yang menetapkan prasyarat bagi penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan belum dibincang dengan negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Loan approvals taking longer following hire-purchase reform, dealers claim

Dealers told theSun that the HirePurchase (Amendment) Act 2026 had yet to produce any visible shift in sales or customer behaviour, although some reported slower loan processing and more questions about financing terms.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings