the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes culik warga Palestin: Mangsa dijumpai diikat guna “cable tie” – Saksi

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa polis menemukan seorang lelaki Palestin berada dalam keadaan tangan dan kakinya diikat menggunakan cable tie semasa serbuan di sebuah chalet di Hulu Langat hampir tiga tahun lepas.

ASP Mohamad Jazlan Sharif, 42, yang kini bertugas di bahagian Risikan dan Operasi, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berkata beliau bersama pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah (D9) IPD Dang Wangi dan D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur telah ke lokasi kejadian pada 29 Sept 2022.

“Semasa serbuan dibuat di bilik 112, tiba-tiba dua lelaki (Muhammad Iqmal Abdul Rahis dan Mohamad Sufian Saly) berlari keluar dari bilik menuju ke bumbung, namun saya dan pasukan berjaya menangkap mereka selepas berlaku sedikit pergelutan.

“Kami dapati seorang lelaki berada dalam bilik itu dalam keadaan tangan dan kaki diikat dengan cable tie. Kami selamatkan lelaki tersebut dan minta kemukakan dokumen pengenalan diri dan mendapati mangsa merupakan warganegara Palestin,“ katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman.

Beliau berkata demikian semasa membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes penculikan lelaki warga Palestin dihadapi lapan tertuduh iaitu Tengku Arif Bongsu Tengku Hamid, 44, Mohamad Naziree Mustapha, 44, Faizull Hardey Mohd Isa, 45, Muhammad Iqmal Abdul Rahis, 30, Mohd Zaidi Mohd Zain, 59, Nidarahayu Zainal, 39, Raibafie Amdan, 44, dan Edy Ko’im Said, 45.

Saksi pendakwaan ketiga itu berkata pasukan polis juga telah membuat serbuan di bilik 110 dan mendapati tiga lelaki berada di dalam bilik berkenaan iaitu Tengku Arif Bongsu, Mohamad Naziree dan Faizull Hardey, selain menjumpai 36 unit cable tie berwarna hitam di dalam plastik lutsinar.

Mohamad Jazlan berkata serbuan itu dibuat selepas beliau dan pasukan menangkap seorang lelaki iaitu Mohamad Norakmal Hassan pada tarikh sama.

Sebelum ini, Mohamad Norakmal bersama lima individu lain dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi sama selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan melarikan dan mengurung lelaki Palestin itu.

Lima individu itu ialah Mohd Azwan Jamaludin, 42, Dody Junaidi, 47, Mohamad Sufian Saly, 28, Tengku Hazarul Ismail Tengku Hamid, 54, dan Muhammad Al Hatim Mohd Fauzi, 28.

Perbicaraan di hadapan Hakim K Muniandy bersambung 12 Ogos.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh dengan niat bersama telah menahan mangsa berusia 31 tahun itu di lokasi dan waktu sama bagi mendapatkan ganjaran, iaitu rahsia maklumat membuat dan menyahaktifkan perisian komputer yang digunakan bagi menggodam telefon bimbit.

Kelapan-lapan individu berkenaan didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Tengku Arif Bongsu dan pasangan suami isteri iaitu Nidarahayu serta Raibafie turut berdepan 19 lagi pertuduhan membabitkan jumlah lebih RM250,000, mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings