the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan setuju beri dana tambahan terjemah al-Quran kepada 30 bahasa lagi

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memberikan peruntukan tambahan kepada Yayasan Restu sebagai usaha menterjemahkan al-Quran kepada 30 bahasa lagi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata inisiatif menterjemahkan al-Quran kepada pelbagai bahasa termasuk yang terbaharu ke bahasa Rusia yang diterajui Yayasan Restu, adalah sebagai tambahan kepada terjemahan 30 bahasa sedia ada, sekali gus memperluas penyebaran mesej sejagat al-Quran ke seluruh dunia.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata langkah itu juga akan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai antara pengeluar al-Quran terbesar di dunia, sebaris dengan Arab Saudi dan Mesir, malah peneraju utama di rantau ini.

“Setiap negara yang saya kunjungi, sama ada Peru, Brazil, Kemboja, Laos, China atau Rusia, saya tidak pernah lupa membawa al-Quran terjemahan untuk diserahkan kepada kerajaan, pusat Islam atau masjid setempat,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Percetakan al-Quran dan Terjemahan Bahasa ke-30 (Rusia), Mushaf Ummah al-Jami’ dan pelepasan kontena penghantaran al-Quran ke luar negara di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata usaha itu selaras dengan pendekatan Kerajaan MADANI yang menekankan penyebaran dakwah secara berhikmah, berasaskan ilmu dan kefahaman bagi menangani sikap prejudis serta Islamofobia pada peringkat antarabangsa.

Peruntukan dana tambahan itu menyaksikan Yayasan Restu di bawah pimpinan Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Nasyrul Quran Datuk Abdul Latiff Mirasa mengorak langkah menjadikan jumlah bahasa terjemahan al-Quran kepada 60 bahasa dalam masa tiga tahun akan datang.

Sementara itu, Anwar berkata Mushaf MADANI yang dijangka dilancarkan pada Ramadan tahun depan, diilhamkan daripada pengalamannya di Jakarta, Indonesia, yang melihat manuskrip al-Quran dihiasi dengan motif seni tempatan dari pelbagai wilayah di negara itu.

Beliau berkata pendekatan berkenaan bukan sahaja mencerminkan mesej universal al-Quran, tetapi juga menghormati elemen warisan budaya yang tidak bercanggah dengan semangat kitab suci itu.

“Saya berada di Jakarta, di Masjid Istiqlal ketika di bawah Presiden Soeharto dan saya melihat kepada al-Quran itu yang merangkumi motif seni tempatan dari pelbagai wilayah seperti Minang, Palembang, Jawa, Batak dan Sunda. Kesemua ini menunjukkan bahawa terdapat mesej universal di dalam al-Quran,“ kata Anwar.

Mengenai usaha penterjemahan, Anwar menzahirkan penghargaannya kepada semua pihak yang terlibat, terutamanya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana mengekalkan projek itu semasa beliau tidak berada dalam kerajaan.

“Dengan sokongan berterusan Kerajaan MADANI, kami yakin misi murni ini akan mencapai tahap lebih tinggi, membawa manfaat kepada bukan sahaja umat Islam, tetapi juga kepada setiap insan secara keseluruhan,“ kata beliau – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Hualien Summer Carnival  Taiwan’s Premier Summer Music Festival

HUALIEN, TAIWAN - Media OutReach Newswire – 3 July 2026 – Taiwan's premier summer music festival, the 2026 Hualien Summer Carnival, returns from July 1 to July 5, transforming Hualien's Dongdamen Square into a five-night celebration of music, culture and tourism.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings