the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Acara perniagaan penting capai sasaran pelancongan RMK13 – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Acara perniagaan akan berperanan penting untuk membantu Malaysia mencapai sasaran ketibaan 35.6 juta pelancong dan terimaan pelancongan sebanyak RM147 bilion pada Tahun Melawat Malaysia 2026 serta sumbangan 16 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar daripada sektor pelancongan sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perwakilan perniagaan ialah pengembara bernilai tinggi memandangkan mereka tinggal lebih lama, membelanjakan lebih banyak wang, datang berulang kali ke Malaysia dan selalunya kembali semula bersama keluarga.

“Lebih penting lagi, pengembara perniagaan membawa idea, pelaburan dan pengaruh,“ katanya dalam ucapan perasmian Makan Malam Gala Anugerah Acara Perniagaan anjuran Persatuan Penganjur dan Pembekal Persidangan dan Pameran Malaysia (MACEOS) di sini malam Khamis (Ogos 7).

Menurutnya sektor pelancongan juga kembali rancak dan kekal menjadi keutamaan negara.

“Pada 2024, perbelanjaan pelancong asing meningkat kepada RM102.2 bilion, petunjuk kukuh bahawa tarikan Malaysia bukan sahaja utuh, malah berkembang,” kata Ahmad Zahid.

Dalam tempoh 10 tahun lepas, Malaysia telah menganjurkan lebih 3,000 acara perniagaan, yang menarik lebih sejuta perwakilan dan menjana anggaran impak ekonomi sebanyak RM18 bilion.

Ahmad Zahid berkata kerajaan mengiktiraf industri acara perniagaan sebagai pemacu strategik kepada pertumbuhan yang inklusif, mampan dan berimpak tinggi.

Beliau berkata kerajaan mengambil langkah positif dengan memperkemas kemudahan visa, terutama kepada pengembara yang kerap datang dan menaik taraf lapangan terbang utama dan lokasi konvensyen bagi memenuhi piawaian global.

Selain itu, katanya kerajaan merancang untuk memperkukuh kerjasama antara agensi, terutamanya antara MACEOS, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

“Bagaimanapun, infrastruktur sahaja tidak cukup. Kepada MACEOS, saya menyeru anda terus melonjak lebih tinggi,” katanya. – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings