the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Skim Insuran kesihatan guna KWSP sukarela, bukan wajib – Dzulkefly

KUALA LUMPUR: Skim insurans kesihatan yang dicadangkan kerajaan melalui Akaun Dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah bersifat sukarela dan bukan wajib, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata pendekatan itu dicadangkan bagi memberi pilihan kepada pencarum yang mungkin inginkan pelan perlindungan insurans lebih meluas kerana ketika ini 32 peratus kos penjagaan kesihatan dibayar sendiri oleh pesakit tanpa perlindungan insurans.

“Dengan pendekatan ini, kerajaan berhasrat memperluas akses kepada penjagaan kesihatan swasta yang lebih cepat dan berkualiti tanpa menambah beban kewangan rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Dzulkefly berkata cadangan itu juga mengambil inspirasi daripada model negara seperti Singapura, yang mengutamakan akses insurans untuk majoriti rakyat.

“Hanya sekitar satu peratus daripada Akaun Dua KWSP digunakan untuk bayar insurans. Ini cara yang paling baik,” katanya.

Semalam Dzulkefly dilaporkan berkata kerajaan mempertimbang untuk membenarkan rakyat menggunakan akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membiayai premium bulanan insuran kesihatan

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings