the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

APM teliti cadangan tubuh komuniti respons kemalangan di kawasan berisiko tinggi

KOTA BHARU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedang meneliti cadangan menubuhkan Komuniti Respons Kemalangan di kawasan berisiko tinggi atau hospot kemalangan bagi memperkukuh usaha tindak balas awal terhadap insiden jalan raya.

Ketua Pesuruhjaya APM Datuk Aminurrahim Mohamed berkata langkah itu susulan kejadian kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres yang menyebabkan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik di Perak, pada 9 Jun lepas.

Beliau berkata perbincangan telah diadakan bersama APM Perak dan Kelantan berhubung kejadian itu, dan bersedia menambah baik keupayaan sedia ada melalui inisiatif baharu yang lebih menyeluruh.

“APM sebenarnya telah melaksanakan beberapa inisiatif seperti Op Prihatin yang menumpukan kepada lokasi kerap berlaku kerosakan kenderaan, kehabisan minyak atau kebocoran. Namun, inisiatif ini tidak dilaksana sepanjang tahun dan tidak tertumpu secara langsung kepada kemalangan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Setia APM Kelantan, di sini hari ini.

Aminurrahim berkata pihaknya juga telah melaksanakan Op Ramah yang menumpukan kepada potensi bencana seperti tanah runtuh, mendapan tanah dan pencemaran bahan berbahaya dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar.

— LAGI

APM-KOMUNITI RESPON 2 (AKHIR) KOTA BHARU

Beliau berkata bahawa pendekatan baharu ini akan menggabungkan keperluan sedia ada dengan tumpuan kepada kawasan berisiko berlaku kemalangan, selaras dengan data dan maklumat daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

“Saya sudah berjumpa Ketua Pengarah MIROS dan kita sedang berbincang bagaimana APM boleh menyumbang secara positif dalam isu hotspot kemalangan. MIROS sudah kenal pasti kawasan berisiko tinggi dan ada inisiatif bagi mengurangkan kejadian,” katanya.

Menurutnya, APM berhasrat melatih penduduk setempat di kawasan berisiko tinggi sama seperti inisiatif Kampung Siaga yang diperkenalkan bagi kesiapsiagaan banjir.

“Melalui Komuniti Respons Kemalangan, mereka boleh memberi maklumat segera kepada pihak berkuasa seperti PDRM atau JPJ sekiranya berlaku kemalangan atau pelanggaran undang-undang jalan raya. Latihan asas akan diberikan kepada komuniti ini,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa APM tidak dapat ditempatkan secara tetap di semua lokasi namun menekankan pentingnya sistem sokongan komuniti untuk memberi respons awal sebelum bantuan tiba.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings