the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

UMT nasihat orang ramai tidak jadikan tongkang tersadai tempat rekreasi

KUALA NERUS: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menjadikan tongkang tersadai di kawasan Pantai Seberang Takir di sini sebagai tempat rekreasi air.

Pro Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Dr Mohd Fadzil Mohd Akhir berkata aktiviti itu boleh mendatangkan bahaya berikutan keadaan laut yang berubah secara tiba-tiba.

Beliau yang juga pakar dalam bidang oseanografi berkata angin kuat dan arus kencang menyebabkan terjadinya gelombang besar yang boleh mengancam nyawa.

“Saya lihat tular di media sosial video yang menunjukkan orang ramai memanjat tongkang dan terjun sambil mandi-manda beberapa hari ini.

“Tongkang itu sudah lama tersadai… Difahamkan sedang dalam proses untuk dipindahkan kerana tidak dapat digunakan lagi. Yang membimbangkan ialah ada yang menjadikannya seolah-olah kawasan rekreasi air tanpa memikirkan bahaya yang menanti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa supaya mengambil langkah segera dengan membuat pemantauan atau pencegahan bagi menjaga keselamatan pengunjung di kawasan berkenaan.

“Di pantai biasa pun kita akan letak bendera sebagai petunjuk sama ada kawasan itu selamat atau tidak untuk mandi. Apatah lagi dalam keadaan begini, perlu ambil tindakan cepat untuk elak kejadian tidak diingini,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings