the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 dalam fasa akhir penyediaan kertas kerja – Exco

JOHOR BAHRU: Projek pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA-2) kini dalam fasa akhir penyediaan kertas kerja sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk perbincangan lanjut dan kelulusan pelaksanaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor Ling Tian Soon berkata kemajuan itu dicapai selepas semua isu berkaitan pemilikan tanah dan kerja awalan diselesaikan sepenuhnya, dengan beliau menjangkakan kertas kerja itu boleh disiapkan pada bulan ini.

Beliau berkata tapak bagi pembinaan hospital berkenaan telah dikenal pasti melibatkan sebahagian daripada tanah milik Kementerian Pertahanan (MINDEF) di Skudai dan telah diberikan kebenaran untuk dimajukan bagi pembinaan HSA-2.

“Kerajaan Persekutuan sebelum ini telah meluluskan peruntukan bagi kerja awalan melalui pembentangan belanjawan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kerja awalan telah selesai dan kita kini berada pada peringkat penyediaan kertas kerja di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) untuk dibawa ke mesyuarat Kabinet,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Cek Yayasan Sultanah Fatimah di Kolej Universiti Selatan, di sini hari ini.

Ling berkata pelbagai siri bengkel teknikal juga telah diadakan bagi menyelaraskan perancangan agar tidak berlaku pertindihan antara projek HSA-2 dengan pembangunan pusat jagaan ambulatori (ACC) yang turut dirancang di tapak Hospital Sultanah Aminah sedia ada.

Dalam perkembangan lain, Ling memaklumkan Hospital Pasir Gudang (HPG) dijangka beroperasi secara berfasa bermula pada Julai ini selepas proses penyerahan fasiliti daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada KKM dilaksanakan baru-baru ini.

Beliau berkata beberapa jawatan penting termasuk pengarah dan timbalan pengarah hospital telah dilantik manakala kerja penyusunan penempatan petugas sedang dilaksanakan, dengan lebih 1,800 perjawatan telah diluluskan.

Ling berkata sebanyak 14 klinik pakar dirancang di HPG, namun tidak semua akan dibuka serentak kerana bergantung pada keperluan tenaga kerja serta kelengkapan pakar dan peralatan, sebelum hospital itu dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang 2026.

“Pada peringkat awal perkhidmatan kecemasan, kesihatan awam dan pembedahan am akan dimulakan terlebih dahulu,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings