the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Zambry gesa hentikan desakan melampau isu kemasukan pelajar universiti

PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyeru semua pihak agar menghentikan desakan melampau berkaitan isu kemasukan ke universiti menerusi sistem UPUOnline kerana ia hanya akan mengeruhkan keadaan.

Menerusi kenyataan dalam video hari ini, Zambry mengajak semua pihak untuk memperkukuh keyakinan terhadap sistem pendidikan tinggi negara demi masa depan pelajar.

Pihak kementerian sentiasa terbuka kepada perbincangan dan cadangan yang baik daripada semua kalangan dan elakkan dari sebarang manipulasi atau kepentingan pihak tertentu yang cuba mengeruhkan keadaan.

Beliau turut menasihatkan semua pihak agar lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan berhubung isu berkenaan.

Zambry ingin mengingatkan semua pihak agar lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan atau mendesak sesuatu perkara yang boleh mencetuskan kegelisahan sekali gus membuatkan suasana tidak tenteram, khususnya dalam hal berkaitan akses pendidikan tinggi.

Proses rayuan dan konsultasi disediakan oleh kementerian menerusi UPUOnline, malah pejabat khas di lobi KPT turut dibuka bagi membantu pelajar yang berdepan masalah permohonan.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Prof Dr Azlinda Azman juga telah maklumkan agar semua permasalahan ini boleh dibuat melalui prosesnya.

KPT sentiasa berusaha menyelesaikan setiap permasalahan yang timbul dalam kalangan pelajar yang membuat permohonan melalui UPUOnline bagi memastikan mereka mendapat peluang melanjutkan pendidikan ke peringkat tinggi.

Setiap tahun ada yang mohon, ada yang tak dapat, dan ada yang dapat tapi perlukan pertukaran, dan ini biasa dan telah pun dilakukan selama ini.

Zambry menasihatkan agar pihak tertentu tidak keterlaluan menggunakan isu berkenaan bagi memenuhi matlamat kumpulan tertentu atau kepentingan politik.

KPT sentiasa berusaha memastikan peluang yang adil diberikan kepada semua pelajar melalui sistem berasaskan prinsip meritokrasi, agihan demografi serta pertimbangan sosioekonomi termasuk pelajar daripada keluarga B40.

Tiada pihak wajar mencabar atau memandang rendah sistem UPUOnline yang sekian lama berfungsi dengan baik termasuk saluran matrikulasi, asasi dan STPM.

KPT sentiasa memastikan sistem berkenaan terus berjalan lancar serta menolak tuduhan tidak berasas kononnya berlaku kerosakan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings