the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 15, 2026
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

PERKESO salur bantuan kepada mangsa letupan universiti

PERKESO gerak Skuad Prihatin untuk bantu mangsa letupan di universiti swasta, dengan dua pencarum LINDUNG Pekerja layak faedah hilang upaya sementara

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menggerakkan Skuad PERKESO Prihatin bagi meneliti bantuan yang boleh disalurkan kepada mangsa letupan di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara.

Insiden pada Isnin lepas itu mengorbankan seorang pelajar dan mencederakan beberapa yang lain.

PERKESO memaklumkan dua daripada mangsa yang cedera merupakan pencarum di bawah LINDUNG Pekerja.

Mereka layak menerima Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS) hasil daripada caruman mereka.

Mangsa tersebut ialah pensyarah Teh Wee Leon, 32, dan kontraktor Liew Yeng Chen, 55.

“Selain itu, PERKESO juga akan meneliti faedah lain yang boleh diberikan kepada mangsa,” menurut kenyataan pertubuhan itu.

PERKESO akan berhubung terus dengan majikan mangsa bagi melaporkan kemalangan dan melaksanakan proses pemberian faedah.

Semakan lanjut mendapati tiga lagi mangsa yang cedera tidak mempunyai sebarang caruman kepada PERKESO.

Mereka adalah kontraktor penyelenggaraan dan pekerja kantin, manakala mangsa selebihnya ialah pelajar.

“Siasatan terperinci akan dijalankan ke atas majikan terlibat bagi mengenal pasti punca majikan tidak mencarum ke atas mangsa yang terlibat,” kata PERKESO.

Pertubuhan itu akan menyalurkan maklumat kes kepada agensi lain bagi memastikan bantuan bersesuaian disampaikan kepada semua mangsa.

Menurut laporan media, seorang pelajar maut dan sembilan lagi cedera dalam kejadian letupan gas penyaman udara di Help University.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Soo Yu Juan, 24, pelajar tahun ketiga kursus Kejuruteraan Mekanikal daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).

Beliau sedang menjalani latihan industri ketika kejadian.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories